Keperluan bersalin Di hospital.

Minima keperluan yang perlu dibawa ke hospital

Ni gambar masa Hana duduk dekat wad kelas ke 3. Hospital kerajaan tau. Mcm kat swasta kan. Hehe. Hari pertama dapat kelas pertama,memang syokla sbb sorang2. Tp ble mlm jd xsyok. Esoknya pindah dekat ngan nurse sbb kes Hana uri kat bawah,risau bleeding bila2 masa je. kelas ke 3 ni pun da ok sgt2 bg Hana . Tandas sebelah katil je. Bahagian Hana ni ada 4 katil. Hana duduk sebulan dekat wad sampailah tarikh bersalin. Pesakit berganti2 ,hari2 tgk baby,best nye,xsabar nak tgk baby sendiri. Lagi pun mcm dah xlarat nak duk situ lama2. 3 hari duk wad Hana da dapat tarikh tuk czer. Mungkin rezeki Hana dari daftar masuk wad sampailah balik ,semuanya dipermudahkan. Layanan staff nurse yg tip top. Terima kasih nurse2 hospital Shah alam.

Telekung.
Oleh kerana Hana mmg dah di suruh check in awal sbb uri dekat bawah xnak naik2, Hana mestilah kena bawak telekung kan. Bagi sape2 yg ada masalah ngan kandungan,wlaupun lg 2 hari ke nak bersalin,jgn lupa solat ok.

Baju baby dlm labour room
- sepasang baju
- sarung kaki& tgn
- lampin@kain bedung
- pampers 1

Setiap hari nurse akan ambil anak kte utk di mandikan, Hana dah siap2 letak mandian sabun yg head to toe dekat tmpt baby tu. Para Ibu pon jgn lupa bawak mandian sendiri tau,ubt Gigi,berus gigi.

Selipar kalis air
Yang ni Hana beli selipar jepun rm6.50 je. Hana fikir sbb nanti masuk toilet senang,nak mandi pon senang,tak payah fikir kasut tanggal la..hehe. lagipun nanti nak balik,pakai stokin kan,so selipar beli siap2 yg sarung je. Tak payahlah bertumit2 tu.

Baju dalam secukupnya & Kain batik
Bila duduk sebulan, mcm mne plak ngan baju dlm kan. Yang ni Hana mmg bawak lebih tp masih kena cuci tiap2 hari. Sidai kt hujung katil bhgian kepala. Bahagian bawah.
Kain batik tu tuk dipakai waktu balik. Dalam hospital kenalah pakai baju hospital. Ha,yg ni Hana nak pesan,tiap kali Mandi,akan ganti baju baru Kan. Korg jgn lah letak Camtu je dekat bilik mandi baju kotor tu walaupun nnti ada yg kutip. Lg 1 mcm ada darah skit ke,kalau larat cucilah sikit bg hilang tempat darah dekat kain tu je. Tu kan darah kte sendiri. Jaga kebersihan ok.

Tuala wanita bersalin
Yg ni bawaklah siap2 ye.

Nursing cover
Bawak ni sng kte nk susukan anak. Bila waktu melawat je pakai. Ye la.. katil sebelah kalau Yang melawat tu org perempuan je xpe. Mestilah suami dia dtg kan. Time tu pulak ank kte nak menyusu. Mesti kte malu kan. Kte boleh je tarik tirai tu bagi xnmpk katil depan & sebelah tengok tp bila ahli keluarga kte sendiri pulak melawat. Contohlah bapa kte,abg kte, still malu jugak kan nak menyusukan anak. So belilah awal2 nursing cover ni.

Pam susu manual
Yang ni Hana bawak jugak. Masa lepas je czer,esoknya breast Hana rasa bengkak je. Anak pulak xnak menyusu. Hana Pam je simpan dlm botol susu. Botol ni pun Hana bawak jugak.Sakit tau kalau dah bengkak. Dekat hospital ada
Peti sejuk, tumpang je sekejap. Lagi2 kalau kte kena stay lama lepas bersalin.

Ok. Itu sahaja la untuk Kali ni. Mana2 yang korg rasa penting nak bawak,bawak je. Terima kasih sebab baca.

Comments

Popular Posts